Aqua Lomo Camera & Macaroon's Contest


SYARAT- SYARAT:
1) Feel free to follow my blog but ini bukan paksaan :) Bagi mereka yang tidak mahu follow my blog, make sure anda up to date dengan saya. Ia adalah kerana, misalnya, anda adalah pemenang, tetapi anda tidak tahu apa-apa so the present will be past to the other contestant.
2) Copy banner di atas dan link ke entry ne. Feel free to paste the banner above on your sidebar.
3) For Malaysian. But it's okay if blogger dari negara lain mahu menyertai peraduan ini TETAPI jika mereka menang, hadiah akan diberi through this virtual world only. Lelaki dan perempuan boleh menyertai peraduan ini.
4) Ia dibuka untuk laman web, blogger, and tumblr SAHAJA.
CARA UNTUK JOIN:
1) Ia mempunyai dua choices. Anda boleh memilih sendiri. Pilihan pertama ialah nombor 2) dan pilihan kedua adalah nombor 3)
2) Reka apa2 cerita yang mempunyai hubungan dengan saya. Even anda tidak mengenali saya, it's okay, just create any story about me. It can be komedi, seram, sedih, gembira dan lain-lain.
3) ATAU membuat header untuk saya :) tajuknya mesti La Dolce Hanis Anasa.
Okay, I nak pilih num 2. Hehe, I saj nak reka cerita tentang kawan I yang comell sorang ni. Hehe, Oh ye, butir-butiran tentang ceritanya ialah :
Title : Cinta hingga di pintu syurga?

THE PRESENTS:
MAIN PRIZE - MACAROONS
MAIN PRIZE- AQUA LOMO CAMERA (click HERE for more info)
Fiqah Yassin - 3 winners
Nadhirah Izzati - 2 winners
Nanad Doodle - 2 winners
Nurul Syazwani - 4 winners
Banana's Shop -  2 winners
Cik Bulat - 3 winners
Miza's Prelove -
Butik Alesya - 
Aida Assilah Azman - 2 winners
Syah Zahari - 3 winners 
Sakuraneia Iyako - 2 winners 
Amni Nizzatul Alia - 1 winner (boys only)
Farah Amiera - 1 winner
Alia Azmi - 2 winners
Nadhirah Amalina - 3 winners 
Siti Nor Azera - 5 winners
Nurul Jannah Sajidah - 1 winner
Nana Kementot - 2 winners
Qjey & Nina's Blog - 3 winners
Mohd Amin Aizuddin - 1winner
Ienaz Alia - 3 winners
Izyan Nazirah - 2 winners

ONE, TWO, THREE. START!

Hai, nama saya Hanis Anasa. Saya 18 tahun. Di sini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya ketika masih mula bersekolah di Ipoh dahulu. Okaay, semasa umur saya 14 tahun, saya telah berpindah dari Kuantan, Pahang ke Ipoh, Perak oleh sebab-sebab tertentu. Masa tu saya bersekolah di SMJK(C) QisWeen. Sekolah cina, tapi ramai je budak-budak melayu, india, iban pun ada. Mula-mula saya ingatkan sekolah tu tak best. Sebab sekolahnya kecil sahaja. Iyalah, sekolah saya dulu kan besar kedabak! Hehe. 


Hari pertama di sekolah, ramai budak cina yang tegur saya dengan bahasa cina mereka itu. Argh, mana lah saya faham. Mereka beria-ria cakap dalam bahasa cina, tapi last-last saya just cakap 

''Amooi, I dont understand what you said about. Malay please? Btw, Im not chinese girl.'' 

Senyuman terukir di bibirku kelihatan sangat jelas. Dahi mereka berkerut. Saya tergelak manja. Seorang budak perempuan cina yang sangat comel menegurku 

''Eh, awak kata tadi awak bukan pelajar cina? Saya dan kawan-kawan saya mengira awak pelajar cina yang baru kerana muka awak sangat kelihatan seperti pelajar cina.'' 

Kelakar sangat. Lama juga saya berbual-bual dengan mereka. Tapi dalam bahasa melayu dan inggeris. Bercampur-baur. Tapi, sedikit kecewa kerana belum ada pelajar melayu yang menegur sapa dengan saya. Mungkin kerana saya ini berketurunan CinaMalaysia+Thailand tetapi ayah saya berbangsa melayu Islam. Akhirnya, top student Form 2 menegur saya. Dia orang melayu dan Islam. Namanya Raisya. Dia sangat peramah dan rendah diri. Dia ni macam Perfect ahh! Kokurikulum, kurikulum, semua dia kebas. Tapi, dia seperti bidadari. Baik sangat dan cantik.

Sebulan berlalu. Saya sudah mendapat seorang rakan karib yang bernama Syafiyah. Dia ialah pelajar yang duduk di sebelah saya di dalam kelas. Waktu itu, semua pelajar perempuan telah saya kenali. Pelajar lelaki? hanya pelajar lelaki dalam kelas sahaja yang saya kenali. Saya ini pemalu juga orangnya. Tetapi, saya telah jatuh cinta pendangan pertama dengan seorang budak lelaki yang tinggi dan handsome. Pelajar itu tingkatan 2 kelas satu, saya di kelas dua. Dia menarik perhatian saya. Oleh kerana saya adalah budak yang tidak bermain dengan cinta, saya tidak terlalu memikirkannya. 

Pada suatu malam, di Laman Facebook saya telah menerima satu request friend dari seorang lelaki bernama Haniff. Siapa pula ni? Okaay, tanpa usul periksa semua, saya pun accept. Tiba-tiba, si budak Haniff ini pun menghantar chat. Saya balas malas-malas sahaja. Dah lama punya chat, dah pukul 10:30 and lampu dekat luar bilik saya sudah dipadamkan. Mummy bukak pintu. *At the same time, saya terus tulis gtg lalu sign put and tutup laptop. Ahh, rasa seperti hendak mati sahaja ketika itu. Mummy tutupkan lampu lalu beredar keluar. 

'' Oh My God! He's that guy! Ya Allah, Ya Allah. How comes he know me? lols, he added me! Oh My God! So excited .. Eh, Niniss you cant be like this. Hisshh T__T '' 


Baru saya tersedar. Wahh, imagine kan lah! Okaay, 9 bulan berlalu. Macam-macam yang terjadi. Perasaan cinta Niniss padanya makin membuak-buak. Tetapi dipendam dalam hati yang kecil ini. Niniss pernah menceritakan hal ini kepada Syafiyah agar dia dapat membantu Ninis. Tetapi nampaknya, hanya Niniss seorang sahaja yang dapat membantu diri yang terseksa ini. 


Pada waktu kelas P.A.I , Hanis dan Haniff sering terpandang antara satu sama lain. ALWAYS! Memang sejak bulan 1 tu lagi. Ahh, macam mana ni Ya Allah. Peperiksaan semakin hampir. 2 weeks more. Tapi Hanis still ber-chat dan bermain dengan perasaan yang entah pape ini. Padahal, kami tidak pernah bersuara. Malulah~ tambah-tambah parents kami rapat dari dulu lagi tapi kami sahaja yang baru berkenalan. Dengan keberanian diri dan kesungguhan untuk belajar, Niniss bertekad untuk remove Haniff dari kenalan Facebook Niniss. Maafkan saya, Haniff.


Seminggu selepas itu, Syafiyah memberitahu saya bahawa Haniff sudah bercouple dengan seorang pelajar melayu tingkatan 1 kelas empat. Nama pelajar yang beruntung itu Liyana. Malam itu, saya menangis. Terasa seakan-akan ingin meng-add-nya semula. Haniff, kenapa begini? Kenapa awak ber-couple? Ya Allah, masa tu kan, saya bagai nak gila. But, lepas dengar nasihat dan motivasi dari Syafiyah, saya mendapat sedikit ilham. Dan saya akan berusaha untuk melupakan semua itu.


Sayangnya, buah mulut orang tak dapat kita tepis. Saya dengar bahawa Liyana itu budak yang mengada lah, gedik lah, manja lah, gatal lah. Macam-macam saya dengar. Tapi, tak mungkin lah Haniff mahukan orang begitu. Tak mungkin! Dia pasti cari orang yang akan membahagiakan dia, bukan orang yang membahayakan dia. Hmm.


Cerita yang saya dengar pasal Liyana itu satu hal. Satu hal lagi, walaupun Haniff telah ber-couple dengan orang lain, mengapa dia masih merenung dan melihat Niniss dalam kelas P.A.I ? Persoalan demi persoalan yang muncul dalam fikiran Niniss. Buntu!


Akhirnya, persoalan tanda tanya itu terjawab setelah kami habis menduduki peperiksaan PMR. Masa itu, Hanis sudah tiada perasaan buat dia. Kerana Hanis bertekad dalam diri ingin melupakan dia walaupun mata kami kadang-kadang bertentangan. Haniff membuat pengakuan bahawa dia ber-couple dengan Liyana hanya untuk membuat Hanis jealous dan ingin memaksa Hanis untuk meluahkan tentang cinta HanisDia telah menunggu-nunggu Hanis saat Hanis mencuba ingin melupakannya. Satu tahun Haniff menahan rindu di Laman Facebook itu. 


'' Haniff, maafkan Hanis. Saya sangat mencintai awak ketika itu. Tetapi, awak telah melakukan hal yang bodoh. Awak membuat saya jealous semasa hampir Mid Year Exam Last Year. Peperiksaan adalah berharga dalam hidup saya. Masa itu EMAS. '' *sambil menitis air mata Hanis tau! hikhok
'' Salah Haniff juga. Tapi, sekarang Haniff sudah luahkan segalanya. Sudikah Hanis ber-couple dengan orang yang tak seberapa handsome ini? ''


'' Maafkan Hanis. Jikalau nanti suatu hari Haniff masih mencintai saya, carilah saya hingga ke pintu syurga :') ''


Perbualan dan mengakuan kami sampai di situ sahaja. Saat itu, Allah sahaja lah yang tahu. Hanis pening. Tapi, nasib baiklah Haniff cakap selepas examination itu. Kalau tidak, entah lah. Tak tahu apa akan terjadi. Selepas result PMR dikeluarkan, Hanis telah berjaya mendapat 8A's STRAIGHT! Alhamdulillah. I felt so glad. And yang paling seronok, Hanis dapat pergi MRSM. :D


Sekarang, Hanis masih menunggu result SPM dikeluarkan. Harap-harap berjaya mendapat 11A1 lah. Rindu pula pada Haniff. Apa lah yang terjadi dengan dirinya sekarang? Mahukan dia menunngu dan mencari Hanis hingga ke pintu syurga? :') I miss you.


THE END :D

p/s : Hanis, cerita ni fiyah reka je. Dapat idea dari telinga yang sentiasa mendengar cerita-cerita orang ini. Hehehe. Fiyah harap Hanis enjoyy dengan cerita ni ! Please, give me the Aqua Lomo Camera. :D

Love yaa !
~Syafiyah Ali Sabri~

2 comments:

The Anasa said...

Hee sweet and JIWANG :p Btw, thanks for joining ya xD InsyaAllah kalau ada rezeki :)

Syafiyah Ali Sabri said...

ngee~
Jiwang lah bru best ! HAHA :D
Welcome2 !
HANIS kene jugak bgi AQUA LOMO CAMERA tuuhh ! KENE3 ! haha :D *joke2*